Bengkel Training of Trainers (STEM) - Matematik Olimpiad

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
26 - 28 Julai 2022  |  Mercure Hotel Penang Beach

Bengkel Training of Trainers - Matematik Olimpiad ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Bengkel ini telah diadakan pada 26 - 28 Julai 2022 bertempat di Mercure Hotel Penang Beach, Tanjung Bungah, Pulau Pinang melibatkan seramai 25 orang guru matematik daripada sekolah rendah dalam negeri Pulau Pinang.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan dan keperluan mempromosikan pertandingan Matematik Olimpiad dikalangan pelajar sebagai salah satu usaha memupuk minat pelajar terhadap STEM.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharom, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA menanggung tugas Pengurus Besar.

Majlis ini turut dihadiri oleh Penolong-penolong Pegawai Pendidikan Daerah daripada daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

Kredit Foto : MEDIA PERDA / Unit Perhubungan Awam PERDA
Kredit Program : Seksyen Kecemerlangan Akademik PERDA
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.