Program Peningkatan Akademik B40

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
21 Mei 2022, Pulau Pinang
 
Program Pit Stop : Bahasa Inggeris & Matematik Tahun 5

Setelah dua tahun bergelut dengan pandemik COVID 19, sektor akademik merupakan antara sektor yang paling terakhir dibuka sepenuhnya tanpa sebarang sekatan.

Selaras dengan pembukaan sepenuhnya dan kebenaran melaksanakan aktiviti pembelajaran secara bersemuka, Seksyen Kecemerlangan Akademik, Bahagian Pembangunan Insan telah menganjurkan Progam Pit Stop Tahun 5 Siri 1 yang melibatkan subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Program ini telah diadakan di dua buah lokasi iaitu di RECSAM, Pulau Pinang bagi Subjek Bahasa Inggeris dan di MARA Excellence Centre, Jawi bagi subjek Matematik. Seramai 194 orang pelajar daripada 47 buah sekolah dan 20 orang guru jurulatih program telah terlibat di dalam penganjuran program kali ini.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.