24 November 2022 | Simpang Ampat
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Dato Hajah Norison Binti Ramli bersama delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan jabatan ini telah mengadakan lawatan rasmi ke IKS PERDA, Pak Ali Food Industries Sdn Bhd, yang terletak di Lorong IKS PERDA, Kawasan IKS Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Antara tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang kepada pegawai2 kanan Jabatan, melihat dengan lebih dekat lagi proses pembuatan jeruk di samping mencari peluang projek ekonomi kpd Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri-negeri masing-masing.
Lawatan turut diiringi oleh Tuan Haji Mohd Asri Bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA dan Dato' Haji Alias Bin Haji Ali, Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.
GALERI GAMBAR