OPS CLEAR - Misi Bantuan Banjir Baling Oleh Sukarelawan PERDA4U

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
08 - 09 Julai 2022  | Baling, Kedah


Bagi meringankan beban dan atas semangat kesukarelawan yang tinggi, hari ini seramai 40 Sukarelawan PERDA4U yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat PERDA, PERDA-TECH dan PVISB telah berkampung di daerah Baling, Kedah untuk melaksanakan 'Ops Clear'.

Sebanyak 4 keluarga di Kampung Sadek dan Kampung Bukit Tinggi telah dibantu untuk membersihkan kawasan rumah yang diseliputi lumpur serta melupuskan kelengkapan rumah yang rosak kesan banjir yang melanda.

Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) turut hadir bersama pada misi kali ini yang akan diteruskan lagi pada esok hari.

Mohon doakan keselamatan dan kesihatan sukarelawan kami. Semoga mereka dipelihara sebaik- baiknya.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.