Kursus Strategi Pengiraan Kos dan Penetapan Harga Produk

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 - 17 Jun 2022  |  Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang

Kursus Strategi Pengiraan Kos dan Penetapan Harga Produk adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dalam pengiraan produk yang lebih berstruktur, sistematik dan tepat.

Selain itu, ia bertujuan bagi mengenalpasti strategi yang lebih tepat dalam penetapan harga produk serta mengurangkan risiko perniagaan dalam membuat keputusan khususnya dalam soal pengiraan kos dan peletakan harga dan menentukan plan perniagaan yang lebih jelas untuk mempastikan kelangsungan perniagaan.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada usahawan mikro & kecil yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang. Kursus ini dikendalikan oleh Advance Coaching Resources yang dimiliki oleh Encik Lizam Karim dan dibantu oleh Encik Kamaruzzaman Bin Kamaluddin.

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) menanggung tugas Pengurus Besar (PERDA), Tuan Haji Asri bin Baharum @ Harun. Turut hadir bersama, Encik Rohaimi bin Othman, Pengurus Pembangunan Ekonomi.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA