27 Mei 2022 | Bangunan PERDA
Majlis Ramah Mesra Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama Warga Kerja Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Ketibaan TYT Tun disambut oleh YB. Tuan Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq, Pengerusi Perda merangkap ADUN Bertam, YBhg. Datuk Mohd Noor bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Perda, YB. Tuan Mohd Yusni bin Mat Piah, Ahli Lembaga Pengarah Perda merangkap ADUN Penaga, YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor, Pengerusi Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd merangkap ADUN Sungai Dua, YBrs. Dato' Rosman bin Hashim, Pengurus Besar PERDA dan Tuan Hj. Mohd. Asri bin Baharum @ Harun, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Tuan Khaliq Mehtab dan disusuli dengan pemberian duit raya kepada pelajar-pelajar tahfiz oleh TYT Tun. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, kerana sudi melapangkan masa menghadiri majlis ini serta turut meraikan anak- anak yatim dan asnaf yang hadir bersama pada hari ini.
GALERI GAMBAR