Program Pembangunan Komuniti Harmoni : Memimpin Dengan Hati dan Minda

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

10 - 12 Jun 2022  |  Pulau Pangkor, Perak

Seksyen K-Komuniti, Bahagian Pembangunan Insan, PERDA dengan telah melaksanakan Program Pembangunan Komuniti Harmoni : Memimpin Dengan Hati Dan Minda pada 10 hingga 12 Jun 2022 bertempat di Pulau Pangkor, Perak.

Program dilaksanakan dengan bertujuan membantu untuk memperkukuhkan hubungan dan membina semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli jawatankuasa masjid dan surau dengan kariah setempat.

Program ini juga dapat memberi peluang kepada pimpinan masjid dan surau untuk menjana idea-idea baharu dalam merancang aktiviti pembangunan ummah di kariah masing-masing disamping dapat merencana hala tuju masjid sebagai pusat pembangunan ummah yang terbaik.

Program telah dihadiri seramai 40 orang peserta dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Foto : Muzhaffar Shatir
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.