PERDA sentiasa beriltizam untuk meningkatkan peranan kumpulan sasarnya khusus kepada para belia agar dapat bergerak seiring dengan pembangunan negara. Antara tumpuan yang diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran, pendidikan, kepimpinan, peningkatan sahsiah diri dan penjanaan pendapatan serta memastikan golongan belia sentiasa berada di landasan perkembangan teknologi terkini.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk membantu menajamkan teknik pemasaran khususnya dalam pemasaran atas talian dan memahami teknik-teknik pemasaran digital terkini yang dapat menjimatkan kos dan masa.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu meningkatkan jualan dan pendapatan para belia menerusi platform pemasaran secara digital dan memahami teknik pemasaran yang bersesuaian dengan produk yang diniagakan.
Antara lain adalah bagi meningkatkan pendapatan boleh guna para belia bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat serta mengurangkan kebergantungan para belia terhadap bantuan dengan meningkatkan keupayaan belia dalam mendepani cabaran semasa.
Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.
Terima kasih kepada semua para peserta, penceramah dan pihak urusetia dalam komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Semoga keakraban dan kerjasama yang terjalin sepanjang pelaksanaan program ini dapat membantu pelaksanaan program-program pembangunan modal insan belia pada masa akan datang.
Bengkel Pemasaran Digital Belia Bersama Sifu Branding Hotel Adya, Langkawi, Kedah
- Hits: 2719
04 - 06 Februari 2022, Hotel Adya, Langkawi, Kedah
GALERI GAMBAR