Bengkel Business Model Canvas

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
29 - 31 Mac 2022, Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang

Seksyen Pembangunan Usahawan, Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA telah menganjurkan Bengkel Business Model Canvas (BMC) pada 29-31 Mac 2022 yang bertempat di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang.

Objektif bengkel ini adalah sebagai pendedahan Model Perniagaan sebagai satu struktur asas dalam perniagaan yang wajib dipelajari oleh semua usahawan yang ingin mencapai kejayaan dan kekal bersaing dalam pasaran.

Dengan adanya model perniagaan yang ingin dibentuk ini, matlamat perniagaan akan menjadi lebih jelas dan mudah untuk kita bertindak bagi mencapai kejayaan.

Turut dijemput bagi mengisi Slot Perkongsian Ilmu kali ini adalah Ketua Cawangan Pejabat AKPK Negeri Pulau Pinang, En Mohd Nordin Bin Abd Rahman yang menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan kewangan syarikat dan individu kepada peserta bengkel.

Majlis Perasmian Penutup Bengkel ini disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Asri Bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA.

Kredit Foto : Unit Perhubungan Awam PERD

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.