Karnival Kebudayaan dan Citarasa Homestay Malaysia 2022

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
05 - 07 Ogos 2022  |  Dataran Chenang, Pulau Langkawi

Persatuan Homestay Langkawi dengan kerjasama MOTAC Kedah dan Tourism Malaysia telah menganjurkan Karnival Kebudayaan dan Citarasa Homestay Malaysia 2022 bertempat di Dataran Chenang, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Tujuan utama karnival ini diadakan supaya menjadi satu platform untuk mengukuhkan hubungan rangkaian dan kerjasama erat antara pengusaha homestay seluruh Malaysia dalam memperkenalkan pakej dan produk homestay selain menunjukkan kebudayaan dan masakan tradisi tempatan.

Karnival ini bertambah menarik dengan penyertaan daripada 12 buah negeri seluruh Malaysia termasuklah Homestay Bumiputera Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti kebudayaan negeri ditonjolkan termasuklah aktiviti kebudayaan dan tarian, demonstrasi masakan setiap negeri dan juga jualan produk-produk homestay.

Homestay Bumiputera Pulau Pinang menonjolkan masakan tradisional melayu iaitu halwa maskat dan juga dodol sebagai demonstrasi masakan dari negeri ini.

Antara masakan yang menarik perhatian adalah Kerabu Siput Mata Lembu daripada Homestay Pulau Langkawi, Masak Lemak Siput Rebung daripada Homestay Negeri Perlis, Nasi Dagang Ikan Tongkol daripada Homestay Teluk Ketapang, Terengganu dan Gulai Daging Batang Pisang.

Karnival Kebudayaan dan Citarasa Homestay Malaysia 2022 ini mendapat sambutan yang baik kerana lokasi karnival ini sangat strategik dan sarat dengan pelancong tempatan dan juga luar negara.

Kredit Foto : Unit Perhubungan Awam PERDA / MEDIA PERDA
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.