Sesi Khas Bersama Pengurus Besar PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
01 April 2022, Butterworth

"Anggota PERDA perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan cara kerja berdasarkan perkembangan teknologi maklumat yang semakin meningkat dari semasa ke semasa."

Kenyataan ini merupakan salah satu daripada pesanan oleh Pengurus Besar PERDA, Dato' Rosman bin Haji Hashim dalam satu sesi khas bersama barisan pegawai PERDA yang diadakan di Dewan Mutiara Wawasan.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan bahawa barisan pegawai PERDA perlu untuk sentiasa menjaga integriti masing-masing dalam memastikan organisasi ini terus dipacu dengan baik pada masa hadapan.

Sesi khas yang berlangsung selama hampir 2 jam ini bertujuan untuk memberi ruang eksklusif kepada Dato' Rosman bagi menyampaikan amanat sebelum beliau bercuti panjang sehingga hari persaraannya.

Selain itu, turut akan bercuti sehingga hari persaraan ialah Pengurus Bahagian Hartanah & Teknikal, Encik Azam bin Dahalan.

Sempena majlis ini, turut diadakan sesi serahan tugas bagi menanggung kerja-kerja Pengurus Besar PERDA dalam tempoh beliau bercuti kepada Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.