Program Peningkatan Motivasi Homestay Bumiputera Pulau Pinang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
14 - 16 Jun 2022  |  Homestay Teluk Ketapang, Terengganu

Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA telah menganjurkan Program Peningkatan Motivasi Homestay Bumiputera Pulau Pinang bertempat di Homestay Teluk Ketapang, Terengganu. Program ini melibatkan 38 orang pengusaha Inap Desa di seluruh Pulau Pinang dan 7 orang pegawai PERDA yang diketuai oleh Puan Badariah binti Ahmad Oyama, Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan I, PERDA.

Peserta disambut oleh Tuan Haji Mohd bin Abu Bakar, Pengerusi Koperasi Homestay Teluk Ketapang Terengganu Berhad, Encik Md Azmi bin A. Aziz, Penyelaras Homestay Teluk Ketapang merangkap Pengerusi Homestay Negeri Terengganu serta pengusaha Inap Desa di Homestay Teluk Ketapang. PERDA telah memilih Homestay Teluk Ketapang sebagai penanda aras kerana homestay ini telah berjaya menggondol anugerah The Best Homestay sempena 20th Malaysia Tourism Awards 2016/2017 dan anugerah Millions Potential sempena World Homestay Organisation Summit for Tourism 2019.

Sesi dialog dan bertukar pengalaman diantara pengusaha homestay Pulau Pinang dengan pengusaha Homestay Teluk Ketapang yang turut dihadiri oleh Encik Khairi bin Ghazali, Penghulu Mukim Seberang Takir, Kuala Nerus.

Program ini dapat menambahkan lagi pengetahuan serta meningkatkan motivasi peserta dalam aspek pengurusan Inap Desa agar Community Based Tourism (CSR) agar homestay di Pulau Pinang terus cemerlang.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan aktiviti seni budaya warisan di Lambo Sari, River Cruise dan Kampung Budaya Terengganu. PERDA berharap agar dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan Koperasi Homestay Teluk Ketapang dalam program membantu asnaf serta golongan B40 melalui konsep ‘Komuniti Bantu Komuniti’.

Foto : MEDIA PERDA / Unit Perhubungan Awam
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.