Program Pengupayaan Wanita - Ladies Inspiration, Professionalism and Successful Programme (LIPS)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
28 - 30 Januari 2022, Hotel Bahang Bay

Tujuan program ini diadakan adalah, PERDA sentiasa beriltizam untuk meningkatkan peranan kumpulan sasarnya khusus kepada para wanita agar dapat bergerak seiring dengan pembangunan negara.

Antara tumpuan yang diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran, pendidikan, kepimpinan, peningkatan sahsiah diri dan penjanaan pendapatan serta memastikan golongan wanita sentiasa berada di landasan perkembangan teknologi terkini.

PERDA juga turut memainkan peranan menyokong agenda pembangunan negara melalui pelaksanaan Program Bina Daya Insan dengan skop pelaksanaan yang turut melibatkan program Pemerkasaan Belia, Pengupayaan Wanita dan Pemerkasaan Komuniti yang memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar.

Diharapkan program ini dapat membantu para wanita dalam meningkatkan keupayaan diri, transformasi minda serta pengurusan diri ke arah pembentukan wanita berinspirasi dan meningkatkan keyakinan diri serta daya tahan para wanita dalam membuat keputusan dalam mendepani cabaran kehidupan.

Selain itu, diharapkan juga dapat menjana pemikiran dan idea yang bernas dalam membuat keputusan disamping berupaya mencadang inovasi kreatif dalam meningkatkan kemahiran kendiri dan membantu dalam memastikan pengurusan diri, masa dan keluarga dapat diurus dengan baik dan efektif disamping penekanan kepada nilai-nilai murni bagi pembentukan minda yang positif.

Para wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.

Keupayaan memperkasakan keupayaan wanita akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik sesebuah negara.

#perda
#merealisasikanharapanrakyat
#kplb
#luarbandarsejahtera
#bahagianpembangunaninsan
#seksyenkkomuniti
#wanitatonggaknegara
#lips
#inspiration
#brave
#AlwaysBeReady
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI PERDA

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2022 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.