Bengkel Semakan Rang Undang-Undang Bagi Pindaan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Akta 282)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
09 - 11 Mac 2022, Putrajaya

Objektif bengkel ini adalah untuk membuat semakan berkaitan cadangan pindaan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Akta 282)  bagi penyelarasan dengan Akta agensi–agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Bengkel ini adalah anjuran Unit Undang-Undang yang diketuai oleh Puan Yohana binti Puteh. Ia telah diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2022 bertempat di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA, Sepang, Selangor dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan PERDA, Puan Noor Hayati Binti Ishak. Bengkel ini turut dihadiri oleh Penasihat Undang-Undang Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Tuan Zulharry bin Abdul Rashid.

Hasil dari Bengkel ini, satu deraf Rang Undang-Undang Pindaan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang telah berjaya disediakan untuk dibentangkan kepada Lembaga Pengarah PERDA seterusnya akan dibentangkan untuk perakuan di peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Setelah mendapat perakuan di peringkat Kementerian barulah rang undang-undang ini akan diangkat untuk dibentangkan di Parlimen.

 

AKTIVITI PERDA

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2022 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.