17 September 2022 | Penaga
KREDIT FOTO : UNIT PERHUBUNGAN AWAM PERDA / MEDIA PERDA
Program ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA, Seksyen Pembangunan Perniagaan. Objektif program ini adalah bertujuan sebagai suntikan booster kepada pengusaha-pengusaha homestay untuk kembali beroperasi dengan lebih aktif selepas sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Selain itu ia juga bertujuan mempromosikan homestay dengan aktiviti trademark mengikut lokasi masing-masing dan mewujudkan jaringan kerjasama antara agensi, penyelaras dan pengusaha homestay, pemimpin tempatan dan jugak penduduk setempat dalam usaha untuk melonjakkan nama dan kawasan setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.
Turut hadir bersama YB Dato’ Muhammad Yusoff bin Mohd Nor Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya dan Pelancongan, Yang Berusaha Encik Zulkifli Bin Rashid, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Asri Bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Menanggung Tugas Pengurus Besar Perda, Puan Norhayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, ACP Mohd Radzi Bin Ahmad, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Yang Berusaha Puan Mariza Binti Abd Majid@Aziz, Pengarah Bahagian penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis ini antaranya pertandingan mewarna kanak- kanak, Pertandingan menangkap ikan keli, Pertandingan Bola Sepak Bendang Kain Pelikat, Lari Dalam Guni, Tarik Upih dan persembahan silat.
KREDIT FOTO : UNIT PERHUBUNGAN AWAM PERDA / MEDIA PERDA
GALERI GAMBAR