PERDA Robotic Challenge

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
24 September 2022  |  PERDA Convention Centre

Sebanyak 71 buah sekolah di bawah seliaan PERDA telah mengikuti pertandingan ini. Objektif program adalah bertujuan untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar luar bandar untuk mempelajari bidang STEM dan merangsang daya inovasi dan kreativiti terhadap sains dan teknologi.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan daya kefahaman dan pemikiran pelajar untuk terus berdaya saing dan berfikir di luar kotak tentang perkara-perkara yang melibatkan teknologi baharu serta memberi pendedahan kepada mereka terhadap bidang robotik dan pengalaman pertama menyertai pertandingan robotik sebagai persediaan menghadapi pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq, Pengerusi PERDA. Turut hadir bersama Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Menanggung Tugas Pengurus Besar PERDA, Encik Kevin Wan Meow Sang, Pengarah Sasbadi Learning Solutions Sdn Bhd, Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, Encik Mohd Salleh bin Hussain, Pengurus Pembangunan Insan PERDA dan Encik Mohamed Rushdan bin Maidin, Penolong Pengarah Unit Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda telah dinobatkan sebagai juara di ikuti Sekolah Kebangsaan Machang Bubok di tempat ke-2 dan Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa di tempat ke-3 manakala bagi kategori sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said telah dinobatkan sebagai juara. Tempat ke-2, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas dan tempat ke-3, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar.

TAHNIAH KEPADA SEMUA!
Foto : MEDIA PERDA / Unit Perhubungan Awam PERDA

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.