17 - 18 Jun 2022 | Balik Pulau, Pulau Pinang
Program Kem Belia Aset Negara – We Lead The Future merupakan satu inisiatif di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam melaksanakan program pembangunan modal insan khusus kepada para belia dalam kalangan luar bandar yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran, kepimpinan, motivasi serta perkembangan potensi diri.
Justeru, satu siri Program Pemantapan Jati Diri Belia dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah dengan telah dilaksanakan pada 17 dan 18 Jun 2022 bertempat di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Program dilaksanakan dengan bertujuan mengukuhkan jati diri para belia menerusi pengwujudan semangat kerjasama dalam pasukan, membina keyakinan diri, memupuk pemikiran positif dan mengeratkan silaturahim antara belia. Selain itu, program ini juga adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah para belia agar menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.
Program ini telah dihadiri seramai 35 orang peserta dalam kalangan para pelajar PERDA-TECH dalam pelbagai bidang pengajian.
GALERI GAMBAR