Kursus Asas Solekan dan Tatarias

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
20 - 21 Ogos 2022  |  Vouk Hotel Suites, Pulau Pinang
 
Bahagian Pembangunan Insan PERDA telah menganjurkan Kursus Asas Solekan dan Tatarias di bawah Program Bimbingan Pemula. Kursus ini berlansung selama dua hari kepada kumpulan sasar B40.

Melalui kursus ini, peserta dibekalkan peralatan dan bahan solekan bagi mempelajari kaedah solekan yang profesional seterusnya berupaya menjadi jurusolek terlatih pada masa hadapan.

Program Bimbingan Pemula adalah program bertujuan memberi latihan dan kursus serta dibekalkan bahan dan perlatan bagi memulakan perniagaan secara 'home based' atau 'mobile' bagi menjana ekonomi kepada kumpulan sasar.

Peserta yang telah mengikuti kursus ini diberikan sijil yang disampaikan oleh Encik Mohammad Nazreen Bin Abd Rasid, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Insan PERDA.

 

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.