Program Kerjasama PERDA Dengan YADIM: Ceramah It’s Okay To Not Be Okay

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
23 Mac 2022, Bangunan PERDA

Ceramah ini merupakan koloborasi antara Pengurusan PERDA, YADIM Pulau Pinang dan PUSPANITA PERDA di bawah Biro Sukan dan Kesihatan PUSPANITA PERDA. Ceramah ini telah diadakan dengan jayanya pada 23 Mac 2022 bertempat di Dewan Mutiara Wawasan PERDA.  Penceramah yang dijemput oleh pihak YADIM, Puan Raihan Rosdina binti Ahmad merupakan seorang Professional Learning Facilitator, dari Rexcel Learning Consultant. Kerjasama seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk manfaat bersama antara PERDA dan YADIM. 

Seramai 50 orang kakitangan PERDA yang hadir secara fizikal dan secara atas talian mendapat manfaat daripada ceramah kali ini.  Pengerusi Biro Sukan dan Kesihatan PUSPANITA PERDA, Puan Noor Hanida binti Che Ani juga hadir dan mengacarakan majlis ini.   

Selain ceramah beberapa aktiviti fizikal turut diadakan. Penceramah telah menyentuh dan berkongsi beberapa isu yang berkait dengan terapi minda, kawalan emosi, mengenal potensi diri dan juga tingkah laku dalam komunikasi. Beberapa teknik komunikasi dengan penggunaan perkataan tertentu juga didedahkan dalam kursus ini supaya dapat mewujudkan kerjasama yang baik dalam pekerjaan mahupun kehidupan seharian.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI PERDA

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2022 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.