23 - 24 Julai 2022 | Hotel Ixora
Program telah berlangsung selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Hotel Ixora, Pulau Pinang. Seramai 70 penuntut dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA, PERDA- TECH dan Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah menyertai bengkel ini.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna belia bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat dengan pendekatan sebagai seorang "STREAMER" di dalam arena e-sukan.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengingkatkan ilmu keusahawanan dan teknik pemasaran terkini melalui platform e-Dagang serta meningkatkan keupayaan belia menangani cabaran ekonomi semasa serta mempertingkatkan lagi kefahaman kepada Industri 4.0 yang berteraskan teknologi.
Didalam bengkel ini, para peserta didedahkan dengan modul secara interaktif, aktiviti dan praktikal di dalam kumpulan supaya mereka dapat mempertingkatkan lagi kemahiran komunikasi sosial, kreativiti dalam penjanaan pendapatan, penambahan pembangunan ilmu pengetahuan ICT dan teknologi semasa melalui platform e-sukan.
Program ini dianjurkan oleh Seksyen K-Komuniti, Bahagian Pembangunan Insan PERDA dengan kerjasama Biro Publisiti, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, menanggung tugas Pengurus Besar PERDA. Turut hadir bersama Penolong Pengurus K- Komuniti PERDA, Encik Mohd Abib Othman.
Kredit Foto : Unit Perhubugan Awam PERDA & MEDIA PERDA
Kredit Foto : Unit Perhubugan Awam PERDA & MEDIA PERDA
GALERI GAMBAR