Lawatan Kerja & Bengkel Penyelarasan Projek Pembinaan Penginapan Pelajar di PERDA-TECH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
30 November 2022  |  Sabah

Pengurus Besar PERDA Tuan Haji Mohd. Asri bin Baharum @ Harun bersama - sama dengan delegasi yang terdiri daripada pegawai - pegawai PERDA telah mengadakan lawatan rasmi ke Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) pada 30 November 2022.

Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mengetahui tentang sistem pengurusan asrama yang telah dilaksanakan selain bertukar-tukar maklumat berkaitan dengan pengajian di kedua-dua institusi.

Selain itu, satu bengkel penyelarasan bagi projek kemudahan penginapan pelajar PERDA -TECH juga telah dilaksanakan untuk penyelarasan kerja bersama-sama dengan pihak perunding bagi projek yang baru disetujuterima oleh pihak kontraktor.

Sumber Foto : Bahagian Teknologi Maklumat
 

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.