4 Jun 2022 | Taman Negara Pulau Pinang
PUSPANITA PERDA telah mengikuti program Program Pemantapan Belia dari Projek Perumahan PERDA.
Program ini diadakan di Taman Negara Pulau Pinang. Seramai 60 orang peserta menyertai program ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah merentas hutan, mengenali flora dan fauna dan sukaneka. Program ini merupakan program yang julung julung kalinya diadakan selepas negara berhadapan dengan pandemik covid-19 dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Program, turut dihadiri oleh Puan Noor Hayati binti Ishak. Timbalan Pengerusi PUSPANITA PERDA merangkap Timbalan Pengurus Besar, Pengurusan PERDA. Selain aktiviti sukaneka dan kecergasan program ini bertujuan untuk mengeratkan kembali hubungan silaturahim sesama ahli dan juga kumpulan sasar PERDA.
Kredit Foto : Puspanita Perda
GALERI GAMBAR