28 - 30 Mei 2022 | Hotel Puteri Bayu, Pulau Pangkor, Perak
PERDA melalui Bahagian Hartanah dan Teknikal/Seksyen Pemasaran telah mengambil inisiatif dengan mempertemukan pihak Pesuruhanjaya Bangunan (COB), Majlis Perbandaran Pulau Pinang bersama ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Taman Kumbar Permai untuk berbincang dan memperjelaskan tentang peranan serta tindakan pengurusan Taman Kumbar Permai dalam usaha ke arah penubuhan Badan Pengurusan (MC).
Program ini dihadiri oleh Sr. Nik Ariff bin Long Dir, Pengarah Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan menanggung tugas Pengurus Besar PERDA.
Kredit Foto : Unit Perhubungan Awam / Media PERDA
GALERI GAMBAR