28 - 30 Mei 2022 | Pulau Pangkor, Perak
Kem Belia Smart Personaliti
Seksyen K-Komuniti, Bahagian Pembangunan Insan, PERDA dengan kerjasama Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad telah melaksanakan Kem Belia Smart Personaliti pada 28 hingga 30 Mei 2022 bertempat di Pulau Pangkor, Perak.
Program dilaksanakan dengan bertujuan membantu meningkatkan motivasi para belia dalam mencungkil potensi diri di samping memberi keyakinan untuk memajukan diri dan keluarga. Program ini turut memberikan penekanan berkenaan aspek kerohanian kepada para peserta dalam membentuk sahsiah dan peribadi unggul ke arah melahirkan belia yang berwawasan dan berjaya.
Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan semangat kerjasama dan bersatu hati agar dapat membantu membentuk komuniti setempat yang harmoni pada masa hadapan.
Program ini telah dihadiri seramai 38 orang peserta dalam kalangan para belia dan Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Menanggung Tugas Pengurus Besar, PERDA.
GALERI GAMBAR