Bengkel Pra Desa Lestari Tahun 2022 - Zon Utara

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

24 hingga 27 Februari 2022, Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah menganjurkan Bengkel Pra Desa Lestari Tahun 2022 - Zon Utara melibatkan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) di bawah Program Modal Insan Dan Kemasyarakatan KPLB.

Sejumlah 15 koperasi dari Zon Utara 1 (Perlis, Kedah & Pulau Pinang) dan 16 koperasi dari Zon Utara 2 (Perak) dengan anggaran sebanyak 124 orang peserta telah hadir.

Program ini adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar

(KPLB) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melaluigeran bantuan pelaksanaan projek-projek ekonomi secara berkomuniti melalui platform koperasi.

Sejak dilaksanakan mulai tahun 2013, sebanyak 137 buah kampung di seluruh negara telah terpilih di bawah program ini.

Objektif Program Desa Lestari adalah bagi meningkatkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung serta memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampungm melalui koperasi dengan membuka peluang pekerjaan baharu dan peluang peningkatan pendapatan kepada penduduk.

Sumber : Unit Perhubungan Awam PERDA/Media PERDA

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA