Cuti-Cuti Malaysia Travel & Trade Fair

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
01 - 03 Julai 2022  |  Quill City Mall


PERDA telah menghantar 8 orang wakil yang terdiri daripada pengusaha Homestay Bumiputera Pulau Pinang, Agrotourism Tasek Gelugor dan juga Taman Negara Pulau Pinang ke pameran promosi pelancongan Cuti-cuti Malaysia Travel & Trade Fair yang telah berlangsung selama 3 hari di Quill City Mall.

Pelbagai pakej promosi dari seluruh negara ditawarkan dengan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan.Pelbagai aktiviti juga telah dilaksanakan sepanjang pameran ini berlangsung.

Terdapat juga jualan kraftangan warisan, makanan serta minuman dan juga produk-produk usahawan tempatan. Persembahan tarian daripada kumpulan penari istana budaya turut mempersembahkan tarian setiap negeri dan kaum sebagai simbolik keluarga Malaysia.

Sepanjang pameran 3 hari berlangsung, seramai 750 orang pelanggan yang berpotensi telah berkunjung ke booth pameran Penang Homestay & Agrotourism.

Perasmian Cuti-cuti Malaysia Travel & Trade Fair ini telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Syed Yahya bin Syed Othman, Senior Director Strategic Planning Tourism Malaysia.

Kredit Foto : Seksyen Pembangunan Perniagaan


AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.