15 - 24 Ogos 2022 | Kolej Komuniti Kepala Batas
Peserta dari kumpulan sasar B40 telah selesai menjalani Kursus Jahitan anjuran Bahagian Pembangunan Insan PERDA yang bertempat di Kolej Komuniti Kepala Batas.
Kursus ini berlansung selama 8 hari bagi melatih peserta yang mahir asas jahitan menghasilkan produk jahitan seperti blouse, skirt kembang dan set telekung. Dalam kursus ini juga peserta diberi pendedahan teknik memasarkan produk secara digital.
Kursus ini dianjurkan di bawah Program Bimbingan Pemula (PBP) bertujuan memberi kursus dan latihan serta bahan dan peralatan kepada peserta bagi menjana pendapatan melalui kursus dan latihan yang disertai.
GALERI GAMBAR