11 Ogos 2022 | Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang
Sesi Audit Penarafan Bintang Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pulau Pinang telah dijalankan pada 11 Ogos 2021 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tuan Jonathan Freddy P.Bagang, Pengarah MOTAC Pulau Pinang serta melibatkan panel-panel dari MBPP, KKM, BOMBA Daerah Barat Daya dan beberapa lagi agensi lagi yang terlibat.
Sesi penarafan bintang merupakan aktiviti yang akan dibuat 2 tahun sekali bagi memastikan ketersediaan bangunan dan perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada pelanggan dan pelancong yang menginap di hotel milik penuh Lembaga ini.
Semoga sesi kali memberi harapan dan meningkatkan perkhidmatan operator hotel serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.