Coding Kidz@PERDATECH

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
02 - 03 Julai 2022  |  Makmal CISCO, Bangunan ICT PERDA-TECH


Program Coding Kidz@PERDATECH merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) yang mana ianya dilaksanakan dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) melalui Jabatan Teknologi Maklumat.

Program ini akan diadakan sebanyak 6 siri bermula Julai sehingga September 2022 melibatkan pelajar Tahun 4 sehingga Tingkatan 3 daripada 71 buah sekolah terlibat dibawah tajaan PROSTEM.

Siri 1 melibatkan 40 orang pelajar Tahun 4-6 telah selesai diadakan pada 2-3 Julai 2022, bertempat di Makmal CISCO, Bangunan ICT PERDA-TECH dibawah bimbingan pensyarah-pensyarah PERDA-TECH iaitu Puan Nor Paezah binti Abdullah, Encik Mohammad Haafizee bin Ali dan Encil Azhari bin Mohamad.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar luar bandar tentang pengenalan dan asas coding menggunakan programming language Blocky dan Phyton. Kemahiran ini amat penting kerana ianya merupakan pelengkap kepada ilmu pengetahuan robotik di bawah STEM.


Kredit Foto : Jabatan Teknologi Maklumat PERDA-TECH / Seksyen Kecemerlangan Akademik


AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.