Majlis Ramah Mesra PERDA bersama Komuniti Taman Kumbar Permai dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 65

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
07 Ogos 2022  |  Teluk Kumbar

Bahagian Hartanah & Teknikal melalui Seksyen Pemasaran yang diketuai oleh Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop telah mengadakan Majlis Ramah Mesra PERDA bersama Komuniti Taman Kumbar Permai dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 65.

Program yang dilaksanakan hari ini membawa objektif kepada penduduk berkaitan perumahan berkonsepkan strata dan kepentingan peralihan JMB kepada MC (Badan Pengurusan). Taklimat disampaikan oleh Sr. Nik Ariff bin Long Dir, Pengarah Suruhanjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Selain taklimat, beberapa aktiviti turut diadakan iaitu pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan gubahan orkid dan juga cabutan bertuah.

Prihatin terhadap semangat kenegaraan, PERDA juga mengambil inisiatif untuk menyempurnakan gimik Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 65 dengan mengibarkan jalur gemilang oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) menanggung tugas Pengurus Besar PERDA.
 
Kredit Foto : Unit Perhubungan Awam PERDA / MEDIA PERDA
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.