Lawatan Kerja Rasmi KEJORA ke Program Agrotourism Tasek Gelugor

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
23 Mei 2022  |  Tasek Gelugor, Pulau Pinang

PERDA telah menerima kunjungan delegasi daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke Program Agrotourism Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Delegasi yang terdiri daripada 17 orang pegawai ini diketuai oleh YBrs Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.

Lawatan menyelusuri sungai sepanjang 11.5km ini melibatkan 3 kawasan agrotourism iaitu Jeti Pengkalan Machang, Jeti Labuh Banting dan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Sepanjang lawatan kerja ini, delegasi berpeluang menyelusuri sungai dengan 2 buah bot koperasi nelayan sambil menikmati keindahan panorama alam semuladi di samping melihat aktiviti nelayan sungai seperti menjala udang galah, memancing, memukat, memetik kangkung dan memetik daun putat.

Selain itu juga, delegasi KEJORA turut didedahkan dengan demonstrasi penyediaan pekasam, tapai, permainan cak plong dan penyediaan rokok daun oleh penduduk tempatan.

Delegasi juga turut dibawa melawat fasiliti-fasiliti yang telah siap dibina di bawah peruntukan Projek Ameniti Sosial (PAMS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar seperti wakaf nelayan di Jeti Labuh Banting dan pontoon pelancong di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam.

Delegasi disambut oleh Pegawai Jabatan Perhutanan dan didedahkan dengan flora dan fauna di kawasan tersebut. Hutan Pelajaran Air Hitam dalam yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar ini meliputi zon-zon seperti nipah, putat, jejawi dan malabera. Lawatan rasmi ini berakhir selepas sesi penyerahan cenderahati di Jeti Pengkalan Machang.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.