Perda peruntukkan RM522,500 untuk Program Perantis Keusahawanan Luar Bandar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
21 Mac 2022, Kepala Batas

Sebanyak RM522,500 diperuntukkan Perda untuk Program Perantis Keusahawanan Luar Bandar (PREP) pada tahun ini yang melibatkan sebanyak 55 orang peserta dan 7 orang tenaga pengajar (mentor).

Pengerusi Perda, Khalid Mehtab Mohd Ishaq, berkata pengendalian program ini bakal dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu secara latihan kemahiran asas dan teori yang akan dikendalikan oleh mentor yang terpilih.

“Ia selaras dengan matlamat program untuk meningkatkan pendapatan peserta B40, mendedahkan mereka kepada asas keusahawan dan pengurusan perniagaan melalui bimbingan mentor.

“Saya yakin, melalui program ini Perda dapat mewujudkan kumpulan usahawan setempat yang dapat bergerak menjalankan aktiviti perniagaan. Selepas ini, mereka akan menerima bantuan mesin dan peralatan yang akan memberi nilai tambah kepada peningkatan perniagaan mereka sejajar dengan objektif program ini,” tambah beliau ketika menyampaikan ucapan utama di Majis Pelancaran PREP di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.

Program yang akan bermula pada awal April hingga Disember tahun ini melibatkan peserta dari bidang yang ditetapkan Perda iaitu jahitan, fotografi dan videografi, usahawan pemasar, kraf kulit, bekam, perniagaan butik kecantikan serta urutan (SPA) dan gunting rambut.

Di bawah rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperuntukkan dana sebanyak RM6 juta kepada Perda untuk tahun 2022 hingga 2025 di bawah program sokongan dan pemerkasaan usahawan luar bandar di Pulau Pinang.

Pada tahun ini sahaja sebanyak RM1.5 juta akan dibelanjakan untuk golongan usahawan. Selain dari program yang berlangsung pada hari ini, terdapat dua lagi program iaitu Latihan Tranformasi Perniagaan yang memfokuskan kepada latihan dan kursus, serta program Pengkomersilan Produk Luar Bandar yang meliputi aktiviti penajaan penyertaan usahawan di dalam ekspo dan pameran untuk memperkenalkan produk mereka.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.