Bengkel Perlaksanaan Projek Pembangunan Integrasi Digital Sistem Maklumat PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
20 - 21 Jun 2022  |  Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang

Seksyen Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat, PERDA telah mengadakan satu Bengkel Perlaksanaan Projek Pembangunan Integrasi Digital Sistem Maklumat PERDA pada 20 hingga 21 Jun 2022 bertempat di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang.

Tujuan bengkel dilaksanakan adalah untuk memberi pemahaman yang jelas akan objektif dan skop projek serta bagaimana projek dilaksanakan kepada semua pemegang taruh, pasukan projek dan pengguna.

Selain itu, turut diadakan perbincangan dengan pemegang taruh bagi mendapatkan keperluan pengguna sistem secara menyeluruh terhadap sistem maklumat yang akan dibangunkan, merangkumi semua modul yang berkaitan dengan sistem bersama syarikat pembekal.

Bengkel turut dihadiri oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA