Program Pengupayaan Wanita – Ladies Inspiration, Professionalism and Successful Programme (LIPS) : Program Pemerkasaan Kepimpinan Wanita dengan Kerjasama PUSPANITA PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
30 Julai 2022  |  Pulau Aman, Pulau Pinang

Program Treasure Hunt Pulau Aman ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pengupayaan Wanita – Ladies Inspiration, Professionalism and Successful Programme (LIPS) : Program Pemerkasaan Kepimpinan Wanita dengan kerjasama PUSPANITA PERDA.

Program ini telah diadakan pada 30 Julai 2022 bertempat di Pulau Aman, Pulau Pinang yang melibatkan seramai 50 orang peserta dari PUSPANITA PERDA dan Komuniti. Aktiviti utama yang dijalankan adalah Treasure Hunt di sekitar Kampung Pulau Aman.

Objektif penganjuran program adalah :
  • Memberi pendedahan dan menguji kemahiran menyelesaikan masalah dalam sesuatu tugasan;
  • Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan; dan
  • Memberi pendedahan dan menguji kemahiran meyelesaikan masalah dan kerjasama secara berkumpulan
Program ini turut dihadiri oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengerusi PUSPANITA PERDA merangkap Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA. Majlis penutup program disudahi dengan penyampaian hadiah kepada para peserta.
 
Kredit Foto : PUSPANITA PERDA
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.