11- 12 Jun 2022 | Jawi Golf Resort, Pulau Pinang
Kursus Pemantapan Usahawan Siri 1 merupakan sebahagian modul pembelajaran bagi peserta Program Rural Apprentice Entreprenuership PERDA (PREP).
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai ilmu perniagaan dan skim bantuan yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan. Penyertaan program ini terdiri dari 55 orang peserta yang akan menjalani 3 fasa program yang telah ditetapkan iaitu Latihan Asas Kemahiran, Kursus Pemantapan Usahawan dan Pembekalan Mesin dan Peralatan Kemahiran Asas.
Peserta PREP yang menghadiri kursus ini telah diberikan taklimat mengenai proses pendaftaran sijil perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bantuan geran dan pinjaman yang disediakan oleh MARA. Selain itu, kursus ini juga diserikan lagi dengan penceramah jemputan Datuk Sr Dr Haji Muhamad Farid Saad (Presiden Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang) dan Dr Mohd Hannan Bin Mohd Yusof (Pengasas Hannan Medispa).
GALERI GAMBAR