Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 September 2022  |  Bangunan PERDA

Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi PERDA telah berlangsung pada 15 September 2022 di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Butterworth, Pulau Pinang.

Sebanyak lima (5) kumpulan dengan lima (5) buah lagu telah dipertandingkan. Kumpulan yang telah menyertai pertandingan ini adalah GXVI, Voice of Erica, Voice Of Skills, T3 dan Harmoni 5.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan GXVI, diikuti dengan tempat kedua yang dimenangi oleh Kumpulan Voice Of Erica. Manakala Kumpulan Voice Of Skills telah menduduki tempat ketiga. Hadiah saguhati juga telah diberikan kepada Kumpulan T3 dan Harmoni5.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang telah diberikan.
 

Kredit foto : Unit Perhubungan Awam PERDA / MEDIA PERDA
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.