Perhimpunan Bulanan November & Sambutan Hari Integriti PERDA 2022

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
08 November 2022  |  Butterworth

Perhimpunan Bulanan bagi bulan November dan Sambutan Hari Integriti PERDA 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Tingkat 6, PERDA.

Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat oleh Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun selaku Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Menanggung Kerja Pengurus Besar berkenaan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam terutamanya warga kerja PERDA.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua peserta dan para pemenang yang telah menyertai Pertandingan Video Pendek Integriti anjuran Unit Integriti PERDA.

Majlis turut diserikan dengan Sesi Bicara Ilmu daripada Encik Nathir bin Mehamad, Pegawai Psikologi LPPKN Negeri Pulau Pinang yang bertajuk 'Integriti Bermula dari Diri Saya'.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.