Program Lawatan Penanda Aras Pembangunan Integrasi Digital Sistem Maklumat PERDA (Sistem Maklumat Kutipan Hasil dan eUsahawan) ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 Mac 2022, Langkawi, Kedah

Objektif program lawatan kerja ini adalah sebagai penandaaras kepada pembangunan integrasi digital sistem maklumat khususnya sistem kutipan hasil yang sedang dibangunkan oleh PERDA. 

Lawatan ini dilaksanakan pada 15 Mac 2022 bertempat di Lembaga Kemajuan Pembangunan Langkawi (LADA) diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Puan Noor Hayati binti Ishak merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) PERDA, disertai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian Kewangan dan Unit Undang-undang.

Hasil dari lawatan ini, banyak maklumat berkaitan pengurusan sistem kutipan hasil melalui sistem SAGA telah diperolehi. Pelbagai isu dan masalah berkaitan pengurusan sistem dibincangkan secara mendalam. Lawatan ini berjaya membuka laluan hubungan antara PERDA dan LADA untuk bertukar-tukar maklumat serta pengalaman dalam pengoperasian sistem yang sama di kedua-dua agensi.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA