19 - 21 September 2022 | Port Dickson
Bahagian Teknologi Maklumat, PERDA telah melaksanakan Bengkel Cadangan Projek Pembangunan ICT PERDA 2023 yang berlangsung pada 19 - 21 September 2022 di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi menyedia dan meneliti cadangan perolehan serta peruntukan perbelanjaan ICT PERDA dan PERDA-TECH bagi tahun 2023. Selain itu, bengkel ini juga membincangkan berkenaan dengan status semasa pelaksanaan projek pembangunan ICT yang melibatkan Ibu Pejabat PERDA dan PERDA-TECH bagi tahun 2022. Seramai 20 orang peserta yang terlibat, adalah terdiri dari pegawai PERDA dan PERDA-TECH. Manakala seramai 15 orang dari pihak pembekal.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd. Asri Bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Menanggung Tugas Pengurus Besar PERDA. Bengkel turut dihadiri oleh Puan Norhayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA.
GALERI GAMBAR