08 Oktober 2022 | Sungai Dua
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengadakan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) Dan Penang Bumiputera Agro Market @ Sungai Dua Taman Sungai Dua Utama.
Objektif program ini adalah bertujuan unutk menawarkan pengurangan (diskaun) harga barangan keperluan harian sehingga 20% berbanding harga pasaran semasa setempat dengan sasaran kepada golongan berpendapatan rendah. Antara barangan diberikan diskaun adalah seperti ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras, sayur-sayuran dan buah- buahan.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor ADUN Sungai Dua merangkap Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Warisan, Budaya & Pelancongan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan disepanjang program ini, antaranya adalah Pertandingan Raja Sambal Belacan, Pertandingan Mewarna Kanak- Kanak, Tukar Minyak Pelincir Motosikal, Jualan Makanan dan lain- lain lagi.
GALERI GAMBAR