09 - 10 November 2022 | Selangor
Bahagian Teknologi Maklumat, PERDA telah melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras ke Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat penanda aras keberkesanan penggunaan ’SAGA Modul Indent & Project Costing’ yang sedang digunapakai oleh MPKL dan Sistem Perolehan Atas Talian UKM (eP@UKM) yang digunapakai oleh UKM serta berkongsi pengalaman berkaitan kelebihan dan kekurangan yang wujud dalam penggunaan sistem-sistem yang berkenaan supaya ruang-ruang penambahbaikan dapat dilakukan dalam sistem-sistem yang akan dilaksanakan di PERDA.
Program turut dihadiri oleh Puan Norhayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA sebagai ketua delegasi lawatan.
GALERI GAMBAR