Kursus Pemantapan Imej & Etiket Sosial

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
25 - 27 Mac 2022, Cameron Highlands, Pahang

Seksyen K-Komuniti, Bahagian Pembangunan Insan, PERDA telah melaksanakan Kursus Pemantapan Imej & Etiket Sosial pada 25 hingga 27 Mac 2022 bertempat di Cameron Highlands, Pahang.

Program ini dilaksanakan khusus untuk para wanita dengan bertujuan bagi memberikan ilmu, kemahiran serta panduan kepada peserta dalam memantapkan ketrampilan diri. Kursus ini juga turut bertujuan untuk membantu para peserta dalam meningkatkan keyakinan serta personaliti diri di samping membantu memahami konsep etiket sosial dengan baik.

Kursus ini telah dihadiri seramai 35 orang peserta dalam kalangan para wanita dan Majlis Penutupan Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd. Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.

Kredit Foto : Bahagian Pembangunan Insan, Seksyen K-Komuniti

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.