Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui Bahagian Pembangunan Insan telah melaksanakan Kursus Pemantapan Minda & Perubahan Sikap pada 25 hingga 27 Mac 2022 yang bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak.
Program ini diperuntukan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertujuan membangunkan minda dan sikap anak-anak isi rumah kumpulan sasar sekaligus menganjak paradigma belia agar mampu berdikari pada masa hadapan.
Kursus ini melibatkan 25 peserta dari kumpulan sasar berumur 17 hingga 25 tahun. Objektif kursus yang dilaksanakan adalah untuk menyedarkan peranan belia dalam pembangunan negara serta melahirkan belia yang bersikap positif dan berdaya maju.