23 Februari 2022, Seberang Jaya
Seksyen Kecemerlangan Akademik, Bahagian Pembangunan Insan, PERDA telah menganjurkan majlis taklimat berkenaan pelaksanaan program akademik bagi tahun 2022 pada 23 Februari 2022 bertempat di Hotel The Light, Seberang Jaya.
Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 142 orang pentadbir sekolah dan guru penyelaras daripada 71 buah sekolah di negeri Pulau Pinang yang terlibat di bawah program akademik tajaan PERDA.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum serta di hadiri oleh pegawai-pegawai daripada Sektor Pembelajaran dan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Selain daripada menyampaikan maklumat berkaitan program-program baru yang akan dilaksanakan, majlis ini juga turut bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama serta hubungan erat di antara PERDA, JPNPP dan pengurusan sekolah di dalam melancarkan pelaksanaan program serta melonjakkan pencapaian akademik pelajar luar bandar terutama daripada golongan B40 di negeri ini.
GALERI GAMBAR