Perda bantu sediakan pakaian kepada 300 pelajar dari keluarga B40 memulai persekolahan tahun 2022

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
29 Mac 2022, Midtown Perda, Kepala Batas


300 orang pelajar telah menerima bantuan awal persekolahan berupa sepasang baju, sepasang kasut, stoking dan beg sekolah yang bernilai RM160 seorang. Mereka merupakan pelajar dari golongan keluarga miskin dan berpendapatan rendah (B40) di Pulau Pinang.

“Sebanyak RM48,000 telah diperuntukan di bawah Program PERDA4U Kembali ke Sekolah 2022, yang meliputi pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah bimbingan Perda sama ada di sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan operasi Perda, kata Pengerusi Perda, Khaliq Mehtqab Mohd Ishaq di majlis penyampaian baucer bantuan pakaian sekolah di Midtown Perda Kubang Menerong, Kepala Batas.

“Permohonan daripada ibu bapa pelajar untuk mendapatkan bantuan persekolahan ini dibuat melalui 71 buah sekolah bimbingan Perda, kemudian disalurkan kepada kami (Perda) untuk semakan dan bancian sebelum memutuskan mereka layak menerima bantuan ini,” tambah beliau lagi.

Dalam ucapan perasmian itu juga, beliau menyatakan jumlah peruntukan yang dibelanjakan ini tidak mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga yang memiliki jumlah anak yang ramai bersekolah, sekurang-kurangnya ia mampu meringankan beban keluarga miskin dan B40 ketika pembukaan awal persekolahan yang telah bermula seminggu yang lalu.

“Saya percaya, sebahagian dari keluarga yang menerima baucer bantuan hari ini telah pun dibantu sama ada oleh institusi lain seperti badan kebajikan dan agensi zakat.”

Sesi persekolahan 2022 telah bermula pada 21 Mac yang lalu. Perda telah merancang untuk mengadakan penyerahan bantuan ini sebelum sesi persekolahan bermula, namun berikutan daripada kes harian Covid-19 yang mencecah lebih 30 ribu, pelaksanaan majlis ini ditangguhkan sehingga ia berjaya diadakan semalam.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.