Program PERDA Santuni Komuniti Madani #PERDA Di Hati Siri 1

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
14 Jun 2026    |     Permatang Berangan

Program PERDA Santuni Komuniti Madani #PERDA Di Hati Ringankan Beban Kos Sara Hidup Warga Permatang Berangan

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) komited dalam mengukuhkan jaringan keselamatan sosial serta kebajikan masyarakat melalui penganjuran Program PERDA Santuni Komuniti Madani PERDA Di Hati bagi siri pertama tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Terbuka Masjid Jamek Al-Islah, Pokok Tampang.

Program ini berfungsi sebagai platform sehenti bagi menyalurkan bantuan fizikal, intervensi ekonomi, serta menyebarluaskan maklumat perkhidmatan agensi secara terus kepada komuniti setempat.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian utama serta sumbangan strategik telah disalurkan kepada penduduk setempat termasuklah tajaan jualan ayam sebanyak 1,000 ekor dan penganjuran Jualan Agro Madani yang menawarkan kadar potongan harga antara 10% hingga 30% berbanding harga pasaran.

Selain itu, aspek kebajikan turut diperkukuh melalui penyerahan bantuan Bakul Rahmah kepada 100 orang penerima yang memerlukan.

Program ini juga dimeriahkan dengan aktiviti gaya hidup sihat melalui acara Fun Walk yang disertai oleh 700 orang penduduk serta penganjuran Kenduri Rakyat yang menyantuni sekitar 500 hingga 700 orang warga setempat.

Melalui program sentuhan komuniti ini, PERDA berharap dapat membantu meringankan beban kos sara hidup warga luar bandar sekali gus memastikan agenda pembangunan modal insan terus terpelihara secara berterusan.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.