10 - 12 April 2026 | Kuala Lumpur
Bengkel ini merupakan kemuncak kepada siri pembangunan modul yang telah dilaksanakan secara berperingkat sejak awal tahun, melibatkan penyediaan kerangka, pembinaan serta pemurnian modul bagi memastikan kandungan yang dihasilkan adalah komprehensif, berstruktur dan selaras dengan keperluan semasa pendidikan.
Program ini digerakkan melalui kerjasama strategik pelbagai agensi utama, iaitu:-
-
BPPBPP, ICU JPM
-
PERDA
-
ZAKAT PULAU PINANG
-
JPNPP
Sebagai salah satu agensi pelaksana utama, PERDA komited dalam memperkukuh pembangunan modal insan melalui sokongan berterusan terhadap inisiatif pendidikan berimpak tinggi kepada pelajar luar bandar seperti Program Tuisyen Madani.
Sepanjang bengkel, fokus utama diberikan kepada:-
-
Pengukuhan kandungan modul selaras DSKP
-
Pendekatan pengajaran berkesan berteraskan PAK21
-
Penekanan kepada outcome dan peningkatan pencapaian murid
Modul yang dibangunkan ini akan dimanfaatkan oleh murid Tahun 6 di sekolah-sekolah terlibat, dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran teras serta menyokong kecemerlangan akademik secara menyeluruh.
PERDA yakin bahawa sinergi kerjasama antara agensi ini akan terus memperkukuh ekosistem pendidikan dan memberi impak positif kepada pembangunan generasi masa hadapan.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
