7 April 2026 | Tasek Gelugor
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Industri PERDA Halal Park (Fasa 2) yang terletak di Mukim 12, Seberang Perai Utara.
Projek yang melibatkan peruntukan Kerajaan sebanyak RM33 juta ini merupakan langkah strategik bagi menyediakan infrastruktur industri halal yang kompetitif dan moden.
Pembangunan di atas kawasan seluas 10 ekar ini bakal menempatkan sebanyak 22 unit industri teres satu tingkat, pejabat pentadbiran, dewan serbaguna, serta kompleks makanan bagi menyokong ekosistem usahawan tempatan.

Pembinaan Fasa 2 ini dijangka bermula pada Julai 2026 dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Julai 2028.
Dalam pada itu, inisiatif PERDA ini turut memperoleh Sijil Pengiktirafan Halal Malaysia (HALMAS) daripada Halal Development Corporation (HDC) sejak tahun 2011.
Selain itu, inisiatif ini turut akan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi (TVET) untuk komuniti setempat di Seberang Perai Utara.
PERDA akan terus komited dalam membangunkan infrastruktur yang mampu melonjakkan kapasiti pengeluaran usahawan luar bandar agar berdaya saing di peringkat global.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas