22 - 23 April 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Strategi Pembanterasan Rasuah PERDA bertempat di Pejabat PERDA, Butterworth.
Penganjuran kali ini merupakan kesinambungan daripada bengkel terdahulu yang diadakan pada Januari 2026 sebagai langkah memperkukuh rangka kerja antirasuah di PERDA.
Bengkel selama dua hari ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti Pelan Tindakan bagi risiko yang berada pasa tahap signifikan dan tinggi.
Di samping itu, melalui bengkel ini jugak para peserta perlu merangka strategi serta objektif strategik bagi risiko yang mempunyai inisiatif mitigasi.
Pendekatan ini adalah untuk memastikan setiap risiko diberi perhatian sewajarnya melalui tindakan yang lebih tersusun dan berimpak.
Seramai 40 pegawai PERDA daripada pelbagai bahagian telah terlibat dalam menyumbangkan pandangan dan kepakaran bagi membentuk strategi pembanterasan rasuah yang lebih komprehensif dan praktikal.
Seiring dengan komitmen PERDA terhadap integriti, penganjuran bengkel ini dijangka menjadi tunjang penting dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik di seluruh organisasi.
Usaha ini juga selaras dengan aspirasi PERDA untuk memastikan setiap proses, keputusan dan pelaksanaan program mematuhi prinsip ketelusan serta akauntabiliti.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas