Perkongsian Pintar: PERDA-Tech X Asia e University (AeU)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
11 Jun 2026    |     Nibong Tebal

PERDA-Tech terus memperkukuhkan jaringan strategik melalui sesi perbincangan meja bulat bersama Asia e University (AeU) dalam usaha meneroka peluang kerjasama akademik yang lebih inovatif dan berdaya saing.

Sesi ini membincangkan hala tuju pembangunan akademik masa hadapan termasuk penerokaan sistem Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL), iaitu pendekatan pengajian fleksibel yang mengiktiraf pengalaman kerja terdahulu bagi tujuan pengiktirafan dan pensijilan akademik.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh peluang peluang laluan pendidikan yg lebih tinggi utk kerjaya pelajar TVET Tahfiz PERDA-TECH bersama AeU.

Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif pendidikan yang lebih inklusif, fleksibel serta memberi manfaat kepada komuniti dan tenaga kerja.

Nantikan perkembangan positif daripada jalinan strategik PERDA-Tech bersama AeU!
 

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.